Friday, October 21, 2011

KONSEP KEJADIAN DAN PERAN MANUSIA MENGIKUT PANDANGAN ISLAM DAN BARAT


Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai kitab wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah. Kejadian manusia dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia berasal daripada monyet. Diperkenalkan pada abad ke-4 s.m dan disokong oleh tokoh falsafah seperti Aristotle, Anazimander, dan Empeidocles.
1.      Pandangan
Istilah manusia dari sudut Islam /bahasa bermaksud al-Ins, al-Insan, al-nas dan al-Basyar yang merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. -5 elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati.
Manakala pandangan Barat menyebut manusia sebagai homospiens (bahasa Latin) yang bermaksud mamalia peringkat tertinggi.
1.    diianggap mamalia peringkat tertinggi
2.    diklasifikasikan sebagai haiwan pwringkat tertinggi.
3.    dipercayai wujud 5oo ribu tahun dahulu
4.    manusia awal dijumpai di Neanderthal, Jerman.

2.      Asal-usul kejadian
Manusia menurut pandangan Islam- Adam berasal daripada tanah(al-tin,al-turab, al-salsal). Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiupkan roh.
Pandangan Barat: Teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang mengatakan kejadian manusai daripada monyet.mula-mula tinggal di atas pokok
turun tanah berjalan menggunakan kaki dan tangan. mula berdiri tegak
berjalan menggunakan kedua-dua kaki.

3.      Peranan Manusia
Pandangan Islam:
a.    Matlamat kejadaian manusia- untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.
b.    Menjadi khalifah di muka bumi.
c.    Mengabdikan diri kepada Allah.
d.   Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
e.    Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain.
Pandangan Barat:
a.    Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.
b.    Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hokum yang jelas.
c.    Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat Barat.

4.      Fungsi Manusia
Pandangan Islam :
a.    beriman/patuh kepada suruhan tuhan dan meninggalkan larangan.
b.    memakmurkan muka bumi.
c.    mengagihkan kekayaan sama rata.
d.   memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus, tamak.
Pandangan Barat:
a.    masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata.
b.    Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.

5.      Tujuan Kelahiran Manusia
Pandangan Islam
a.    Peranan /tanggungjawab manusia – “amal makruf” dan “nahi mungkar”
b.    Menggunakan akal berlandaskan panduan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.
c.    Menjalikan ukhuwah Islamiyyah/ persaudaraan sejagat, konsep persamaan taraf
tanpa mengenal warna kulit atau darjat/ kedudukan seseorang.
d.   Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Berdasarkan surah Adz-Dzaariyat ayat 56 “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku .
Pandangan Barat
a.    Persaingan berlandaskan kekuasaan , penindasan golongan lemah dan bawahan.
b.    undang-undang berlandaskan akal semata-mata
c.    mengwujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar apartheid sehingga mewujudkan pertelingkatan/peperangan dan penjajahan yang berterusan.
d.   mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat Barat.
Kesimpulan

Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan pegangan secular dari Barat. Al-Quran secara jelas menyatakan mengenai fungsi manusai di muka bumi yang akan diadili di alam akhirat. W/bp dalam mengabdikan diri kepada allah, manusia diseur agar seimbang mencapai kehidupan dunia dan akhirat.






Read more » 0 komentar

Copyright © Dunia_Pendidikan 2011